Want your
own Fotopage?







 
Sharrul's FotoPage

By: Sharrul Rizal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Sunday, 7-Sep-2008 02:32 Email | Share | | Bookmark
KAMPUNGKU YANG BERNAMA PARIT BUNTAR

Baru-baru ini kesempatan bercuti di kampung aku ambil untuk merakamkan keindahan panorama sebuah bandar kecil di utara negeri Perak yang dikenali sebagai Parit Buntar. Walaupun aku dilahirkan di Pulau Pinang tetapi kerana dibesarkan daripada kecil di Parit Buntar,membuatkan aku bangga untuk mengaku sebagai orang Parit Buntar. Sebenarnya Parit Buntar merupakan sempadan antara tiga buah negeri iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Di pisahkan dengan Pulau Pinang hanya dengan sebatang jalan dan dengan negeri Kedah melalui sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Kerian. Parit Buntar juga dikenali sebagai kawasan jelapang padi Negeri Perak. Anggaran keluasan Parit Buntar adalah kira-kira 70 ribu km persegi dan masyarakat di Parit Buntar bercakap dalam loghat utara. Ketika aku mula tinggal di sini (usia 5 tahun), Parit Buntar hanyalah sebuah pekan kecil. Tetapi kini banyak perubahan yang telah berlaku dan rasanya aku harus berbangga mempunyai kampung yang bernama Parit Buntar...


Jam Besar di pekan lama Parit Buntar ini merupakan antara mercu tanda bandar Parit Buntar. Jam besar ini telah dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada 24 Ogos 1961 untuk memperingati kemajuan dan kemakmuran cemerlang semua penduduk Parit Buntar.


Pemandangan pekan kecil Bandar Baharu, Kedah dari tebing Sungai Kerian. Kata orang ada buaya dalam sungai ini, tapi yang pastinya di tebing sungai lagi ramai 'buaya' yang bermain. Sungai ini juga mencatat sejarah apabila sekitar pertengahan tahun 70-an tragedi feri karam telah menyebabkan ramai yang terkorban.



Dulu taman permainan ini bukanlah sebegini cantik. Hanya ada dua gelungsur, beberapa buaian dan palang untuk memanjat. Sekarang ini dengan lanskap yang menarik, semuanya telah berubah...


Dahulu di tepi sungai ini terkenal dengan gerai makan yang dipanggil Terapung. Ketika itu Terapung menjadi tempat tumpuan utama masyarakat di Parit Buntar terutamanya pasangan-pasangan bercinta untuk minum dan makan sambil melihat panorama Sungai Kerian. Aku juga sempat membawa awek untuk dating di sini...sekarang semua hanya tinggal kenangan...



Ketika dahulu, kedai jalan tepi sungai ini merupakan tempat utama untuk orang-orang Parit Buntar membeli baju-baju sukan yang berjenama dan juga barangan lain. Kini lorong ini kian sepi, di hujung lorong ini ketika dahulu merupakan sebuah kedai snooker tunggal yang terdapat di Parit Buntar. Kini ianya telah ditutup dan terbiar sunyi...


Wajah baru medan selera Parit Buntar. Dahulu medan selera ini hanya menempatkan gerai-gerai kecil yang menjual bermacam-macam jenis makanan. Aku antara pengunjung setia medan selera ini suatu ketika dahulu. Kawasan ini merupakan tempat kami berkumpul dan berembun dari tengah malam sehinggalah seluruh kedai ini di medan selera ini tutup. Walaupun sudah berubah wajah, apa yang pasti aku dimaklumkan medan selera ini sudah tidak lagi semeriah dulu....


Akhir sekali gambar yang kurang menarik ini. Sengaja aku nak tunjuk tapak sekolah tadika aku dulu. Aku bersekolah tadika St. Mary yang menumpang berhampiran sebuah sekolah tamil. Kiranya tadika Inggeris lah masa tu konon....he..he..sudahnya aku lebih banyak mendengar istilah-istilah tamil daripada istilah Inggeris.Kini kedua-dua sekolah itu hanya tinggal tapak sahaja dan yang kekal tinggal dalam diri aku ialah kegemaran aku makan nasi kandar dan masakan mamak yang lain...he...he...

Care to comment?


Tuesday, 2-Sep-2008 00:30 Email | Share | | Bookmark
DEBU HIROSHIMA

Dua minggu lepas aku berada di Pulau Pinang untuk menonton pementasan teater Hiroshima. Aku dan rakan-rakan bukan sahaja menonton tetapi juga belajar banyak perkara tentang sebuah pementasan dan tidak lupa cara-cara yang betul untuk merakamkan gambar pementasan teater. Jadi inilah antara hasil terbaik, kalau nak tengok gambar yang lebih kurang sama tapi diambil oleh orang lain boleh ke fotopages Azam (http://syaidulazam.fotopages.com), sebab kami bertungkus-lumus merakamkan gambar malam tu sampai tak boleh menghayati cerita...he...he..he..







Care to comment?


Thursday, 14-Aug-2008 04:10 Email | Share | | Bookmark
KENANGAN DI CAMERON HIGHLAND







Sorry la Azam, tak minta kebenaran nak siar gambar ko...he...he...

ni kena mintak royalti ni. He he... Mon 25-Aug-2008 02:07
Posted by:SyaidulAzam syaidul@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Monday, 30-Jun-2008 07:44 Email | Share | | Bookmark
Bunga...

Setiap ekor kumbang pastinya merindui bunga....




tapi jarang plak saya tgk kumbang dok tenggek kat bunga....asik nampak lebah jer...huhuhhu Thu 3-Jul-2008 12:32
Posted by:4zee sanpeng2000@yahoo.com.g  - [Link]
Add comment


Wednesday, 4-Jun-2008 05:46 Email | Share | | Bookmark
KAMERA CAP AYAM

Sepanjang aku bercuti minggu lepas, aku hanya membawa kamera digital biasa yang aku pinjam daripada adik ipar aku. Dengan hanya berbekalkan kamera tersebut aku bereksperimen untuk mendapatkan gambar-gambar menarik untuk dibuat perbandingan adakah hasilnya sama dengan kamera SLR yang mahal harganya. Jadi di bawah ini adalah hasilnya dan anda nilailah sendiri...











Ko wajib kena pergi gak KLCC waktu malam. Memang cantik gila dia punya pemandangan. Aku singgah pun sekejap jer, kalau boleh lepak lama mesti dapat view yg lagi best.... Sat 14-Jun-2008 01:29
Posted by:Sharrul Rizal Hashim
best..gambar yang menarik.. satu permulaan yang baik.. keep it up
Fri 4-Jul-2008 14:31
Posted by:Eayda eayda_little_stars@yahoo.com  - [Link]
Terima kasih atas kunjungan ke fotopages saya yg tak seberapa ini..... Mon 7-Jul-2008 00:35
Posted by:Sharrul Rizal Hashim
View all 4 comments Add comment


Sunday, 11-May-2008 07:01 Email | Share | | Bookmark
BELAJAR MENULIS

Oleh kerana kebosanan duduk di bilik hotel semasa di Terengganu minggu lepas,aku menjadikan anak aku yang sedang menconteng sesuatu di atas kertas sebagai objek. Hasilnya ini antara gambar yang sempat aku rakamkan dengan bantuan cahaya lampu di tepi katil....








Sempat menikmati semua gambar yang dipaparkan - cantik. Tahniah Mon 19-May-2008 10:22
Posted by:wanrafar wan_a_rafar@yahoo.com
Terima kasih atas kunjungan. Sebenarnya baru sahaja belajar berkaitan fotografi... Tue 20-May-2008 00:05
Posted by:Sharrul Rizal Hashim
Add comment


Tuesday, 1-Apr-2008 08:28 Email | Share | | Bookmark
GAMBAR KURSUS LAGI...

Ni ada sikit lagi daripada ratusan gambar yang aku ambil sepanjang minggu aku di KL hari tu.








Best la hang dok gi kursus sokmo...Aku je la asyik kena jaga opis ha ha Tue 1-Apr-2008 23:42
Posted by:syaidul syaidul@yahoo.com.my  - [Link]
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥♥♥ cari buku kanak-kanak???? ♥♥♥
http://bookabook.fotopages.com
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Have u ever book a flight?
Have u ever book a cinema?
Have u ever book-a-book before?
Well, now u can.. with http://bookabook.fotopages.com
Where u can sit back, relax and shop at your own pace in the comfort of your own house..
Fri 9-May-2008 07:25
Posted by:Mass masliza@ibzatech.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 27-Mar-2008 07:44 Email | Share | | Bookmark
KURSUS - DARI KLCC KE TUGU NEGARA



Buat pertama kalinya aku mengikuti kursus fotografi dan inilah hasilnya:

Bermula dari KLCC. Kebiasaannya aku hanya melintasi menara berkembar ini tanpa ada perasaan. Namun setelah berjaya merakamkan gambar-gambar ini, aku harus mengaku yang bangunan ini cukup indah.





Esoknya aku sempat ke Tugu Negara setelah lebih 20 tahun tidak menjejakkan kaki di situ.




Selepas habis kursus, aku sempat bereksperimen dengan adik dan puteri kesayangan aku untuk mencuba teknik-teknik yang diajar. Hasilnya apa yang dipaparkan di bawah ini.





*KESEMUA GAMBAR DI ATAS INI MENGGUNAKAN KAMERA NIKON D70 DAN DIAMBIL TANPA MENGGUNAKAN FLASH. AKU JUGA TIDAK MEMBUAT SEBARANG EDITING KE ATAS GAMBAR TERSEBUT. HANYA MEMASUKKAN NAMA FOTOPAGES INI UNTUK TUJUAN HAKCIPTA.


Care to comment?


Tuesday, 4-Mar-2008 08:47 Email | Share | | Bookmark
JERAM LINANG

Baru-baru ni semasa membawa keluarga berkelah di Jeram Linang, Machang, aku sempat merakamkan gelagat-gelagat manusia yang turut sama berkelah dan bersuka-ria di situ. Hasilnya di bawah ini beberapa keping gambar yang sempat aku 'shoot' dan editkan menggunakan photoshop CS3.












wahhh..macamni boleh gambar sy nanti bro..... heheheh Mon 14-Apr-2008 02:35
Posted by:nigina esmiera@yahoo.com
Tak der hal, nak ambil gambar kahwin pun boleh...he..he... Thu 17-Apr-2008 04:37
Posted by:Sharrul Rizal Hashim
Add comment


Monday, 3-Mar-2008 04:12 Email | Share | | Bookmark
Tudung

 
 
 

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.