Sharrul's FotoPage

By: Sharrul Rizal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 4-Jun-2008 05:46 Email | Share | | Bookmark
KAMERA CAP AYAM

Sepanjang aku bercuti minggu lepas, aku hanya membawa kamera digital biasa yang aku pinjam daripada adik ipar aku. Dengan hanya berbekalkan kamera tersebut aku bereksperimen untuk mendapatkan gambar-gambar menarik untuk dibuat perbandingan adakah hasilnya sama dengan kamera SLR yang mahal harganya. Jadi di bawah ini adalah hasilnya dan anda nilailah sendiri...












Sunday, 11-May-2008 07:01 Email | Share | | Bookmark
BELAJAR MENULIS

Oleh kerana kebosanan duduk di bilik hotel semasa di Terengganu minggu lepas,aku menjadikan anak aku yang sedang menconteng sesuatu di atas kertas sebagai objek. Hasilnya ini antara gambar yang sempat aku rakamkan dengan bantuan cahaya lampu di tepi katil....









Tuesday, 1-Apr-2008 08:28 Email | Share | | Bookmark
GAMBAR KURSUS LAGI...

Ni ada sikit lagi daripada ratusan gambar yang aku ambil sepanjang minggu aku di KL hari tu.









Thursday, 27-Mar-2008 07:44 Email | Share | | Bookmark
KURSUS - DARI KLCC KE TUGU NEGARA



Buat pertama kalinya aku mengikuti kursus fotografi dan inilah hasilnya:

Bermula dari KLCC. Kebiasaannya aku hanya melintasi menara berkembar ini tanpa ada perasaan. Namun setelah berjaya merakamkan gambar-gambar ini, aku harus mengaku yang bangunan ini cukup indah.





Esoknya aku sempat ke Tugu Negara setelah lebih 20 tahun tidak menjejakkan kaki di situ.




Selepas habis kursus, aku sempat bereksperimen dengan adik dan puteri kesayangan aku untuk mencuba teknik-teknik yang diajar. Hasilnya apa yang dipaparkan di bawah ini.





*KESEMUA GAMBAR DI ATAS INI MENGGUNAKAN KAMERA NIKON D70 DAN DIAMBIL TANPA MENGGUNAKAN FLASH. AKU JUGA TIDAK MEMBUAT SEBARANG EDITING KE ATAS GAMBAR TERSEBUT. HANYA MEMASUKKAN NAMA FOTOPAGES INI UNTUK TUJUAN HAKCIPTA.



Tuesday, 4-Mar-2008 08:47 Email | Share | | Bookmark
JERAM LINANG

Baru-baru ni semasa membawa keluarga berkelah di Jeram Linang, Machang, aku sempat merakamkan gelagat-gelagat manusia yang turut sama berkelah dan bersuka-ria di situ. Hasilnya di bawah ini beberapa keping gambar yang sempat aku 'shoot' dan editkan menggunakan photoshop CS3.













[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net