Buat pertama kalinya aku mengikuti kursus fotografi dan inilah hasilnya:
Bermula dari KLCC. Kebiasaannya aku hanya melintasi menara berkembar ini tanpa ada perasaan. Namun setelah berjaya merakamkan gambar-gambar ini, aku harus mengaku yang bangunan ini cukup indah.
Esoknya aku sempat ke Tugu Negara setelah lebih 20 tahun tidak menjejakkan kaki di situ.
Selepas habis kursus, aku sempat bereksperimen dengan adik dan puteri kesayangan aku untuk mencuba teknik-teknik yang diajar. Hasilnya apa yang dipaparkan di bawah ini.
*KESEMUA GAMBAR DI ATAS INI MENGGUNAKAN KAMERA NIKON D70 DAN DIAMBIL TANPA MENGGUNAKAN FLASH. AKU JUGA TIDAK MEMBUAT SEBARANG EDITING KE ATAS GAMBAR TERSEBUT. HANYA MEMASUKKAN NAMA FOTOPAGES INI UNTUK TUJUAN HAKCIPTA.