Want your
own Fotopage?








 
Sharrul's FotoPage

By: Sharrul Rizal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 7-Sep-2008 02:32 Email | Share | Bookmark
KAMPUNGKU YANG BERNAMA PARIT BUNTAR

Baru-baru ini kesempatan bercuti di kampung aku ambil untuk merakamkan keindahan panorama sebuah bandar kecil di utara negeri Perak yang dikenali sebagai Parit Buntar. Walaupun aku dilahirkan di Pulau Pinang tetapi kerana dibesarkan daripada kecil di Parit Buntar,membuatkan aku bangga untuk mengaku sebagai orang Parit Buntar. Sebenarnya Parit Buntar merupakan sempadan antara tiga buah negeri iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Di pisahkan dengan Pulau Pinang hanya dengan sebatang jalan dan dengan negeri Kedah melalui sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Kerian. Parit Buntar juga dikenali sebagai kawasan jelapang padi Negeri Perak. Anggaran keluasan Parit Buntar adalah kira-kira 70 ribu km persegi dan masyarakat di Parit Buntar bercakap dalam loghat utara. Ketika aku mula tinggal di sini (usia 5 tahun), Parit Buntar hanyalah sebuah pekan kecil. Tetapi kini banyak perubahan yang telah berlaku dan rasanya aku harus berbangga mempunyai kampung yang bernama Parit Buntar...


Jam Besar di pekan lama Parit Buntar ini merupakan antara mercu tanda bandar Parit Buntar. Jam besar ini telah dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada 24 Ogos 1961 untuk memperingati kemajuan dan kemakmuran cemerlang semua penduduk Parit Buntar.


Pemandangan pekan kecil Bandar Baharu, Kedah dari tebing Sungai Kerian. Kata orang ada buaya dalam sungai ini, tapi yang pastinya di tebing sungai lagi ramai 'buaya' yang bermain. Sungai ini juga mencatat sejarah apabila sekitar pertengahan tahun 70-an tragedi feri karam telah menyebabkan ramai yang terkorban.



Dulu taman permainan ini bukanlah sebegini cantik. Hanya ada dua gelungsur, beberapa buaian dan palang untuk memanjat. Sekarang ini dengan lanskap yang menarik, semuanya telah berubah...


Dahulu di tepi sungai ini terkenal dengan gerai makan yang dipanggil Terapung. Ketika itu Terapung menjadi tempat tumpuan utama masyarakat di Parit Buntar terutamanya pasangan-pasangan bercinta untuk minum dan makan sambil melihat panorama Sungai Kerian. Aku juga sempat membawa awek untuk dating di sini...sekarang semua hanya tinggal kenangan...



Ketika dahulu, kedai jalan tepi sungai ini merupakan tempat utama untuk orang-orang Parit Buntar membeli baju-baju sukan yang berjenama dan juga barangan lain. Kini lorong ini kian sepi, di hujung lorong ini ketika dahulu merupakan sebuah kedai snooker tunggal yang terdapat di Parit Buntar. Kini ianya telah ditutup dan terbiar sunyi...


Wajah baru medan selera Parit Buntar. Dahulu medan selera ini hanya menempatkan gerai-gerai kecil yang menjual bermacam-macam jenis makanan. Aku antara pengunjung setia medan selera ini suatu ketika dahulu. Kawasan ini merupakan tempat kami berkumpul dan berembun dari tengah malam sehinggalah seluruh kedai ini di medan selera ini tutup. Walaupun sudah berubah wajah, apa yang pasti aku dimaklumkan medan selera ini sudah tidak lagi semeriah dulu....


Akhir sekali gambar yang kurang menarik ini. Sengaja aku nak tunjuk tapak sekolah tadika aku dulu. Aku bersekolah tadika St. Mary yang menumpang berhampiran sebuah sekolah tamil. Kiranya tadika Inggeris lah masa tu konon....he..he..sudahnya aku lebih banyak mendengar istilah-istilah tamil daripada istilah Inggeris.Kini kedua-dua sekolah itu hanya tinggal tapak sahaja dan yang kekal tinggal dalam diri aku ialah kegemaran aku makan nasi kandar dan masakan mamak yang lain...he...he...

wah...nie la sjarah awk kt pb...sye pn dri pn jgak...asal kt gerik tp pindah kt pb...toi kta awk...pb mmang bnyak brubah...skrng nie bnyak yg melabur kt pb...pb pn skrng nie terkanal...awk dlu sek men apa...?? kwasan pingiran 2 la sye sllu lpak gan member2 sye... Fri 26-Dec-2008 17:21
Posted by:~kimie~_(bmw sauber f1 driver)
Saya dulu belajar di Sek. Men Methodist sampai tingkatan 3, lepas tu sambung balajar di TI penang. Kemudian menyambung pelajaran tingkatan enam di sekolah menengah panglima bukit gantang... Wed 31-Dec-2008 10:51
Posted by:Sharrul Rizal Hashim
sye skola kt seri perak jew...lawn skola pang 5... Sun 8-Feb-2009 15:53
Posted by:~kimie~_(bmw sauber f1 driver)
saya orang bandar baru, parit buntar tempat saya bermain sejak kecil..terlalu banyak perubahan berlaku..parit buntar meninggalkan seribu satu kenangan dalam hidup saya..yang banyak mencorak karektor saya.... Thu 5-Mar-2009 05:57
Posted by:niezam
Ya, Parit Buntar dan Bandar Baharu mempunyai perkaitan yang sangat rapat. Saya masih teringat dengan sebuah panggung wayang lama di pekan Bandar Baharu. Ramai-kawan-kawan yang selalu menggunakan panggung wayang itu untuk berdating...he...he... Sat 7-Mar-2009 01:46
Posted by:Sharrul
salam...sy pinjam 2 keping gmbr tuk letak lam blog sy....harap x marah n x kisah...
biasela..nak menulis pasal asal usul...search gmbr..byk jumpe gmbr yg menarik lam fotopage nie.....by the way...dulu saya stay kat Taman Sempadan for 18 years....macam nostalgic je bile igt pekan PB yang dulu2....dulu lagi meriah!!trgt sgt kat kedai tepi sungai tu...
Sat 14-Mar-2009 05:34
Posted by:huda  - [Link]
Hangpa semua misti xperasan sebelah astaka di seberang Negeri Kedah pinggiran sg kerian (sebelah kanan astaka dalam gambar kedua) terdapat sebuah tadika .. bangunan berwarna biru.. aku dulu belajar di tadika tu lar... hm,teringat lagi nostalgia belajar di tadika tu.. setiap pagi sebelum masuk ke tadika mak aku akan membeli nasi lemak yang terletak betul2 di belakang panggung wayang bandar baharu tu.. nasi lemak yang paling sedap yang aku penah makan.. dari dulu... hingga sekarang.. kalu ada sesapa yang penah rasa bagilar komen Wed 13-May-2009 08:35
Posted by:Mie
U ni sama sekolah dgn saya. boleh tahu tahun brapa u ting 3 di s.m.methodist & TI? Sun 24-May-2009 07:34
Posted by:jat
Terima kasih atas semua komen yang diberikan. Buat pengetahuan saudara Jat, saya bersekolah di SM Methodist pada tahun 1991 (tingkatan 3) dan seterusnya pada 1992-1993 di TI Penang. Mon 25-May-2009 00:13
Posted by:Sharrul Rizal Hashim
mie, sy pn pernah tadika di situ, tapi la ni dh lapang kawasan tu...mmg selalu gak beli nasik lemak gulai udang + kacang (yg dibungkus dan diikat mcm bungkus air)..mmg sedap nasik lemak dia..kengkawan di sini suma, bleh visit my blog..www.nuaimiera.blogspot.com.. Sun 31-May-2009 01:57
Posted by:niezam
Thanks Rul sebab post kan gambar2 ni...lepas gak rindu aku...bila teringat terapung..teringat aku minum air coke + susu heheheh Mon 22-Jun-2009 11:10
Posted by:Azizul Aqmar
Niezam, aku dengan adik aku pun suka tapau nasi lemak lauk udang + kacang dari gerai belakang panggung wayang tu. dulu2 masa kecik mak akan kayuh basikal dari pekan baru bawa dua2 anak dia pi kelas tadika tepi sungai kerian tu... jauh gak la, dalam 3 km, lepas abis tadika mak akan kayuh basikal terus bawa kami pi umah tokwan kat parit nibong, lagi 5 km. Kalu bayangkan balik betapa jauh mak kayuh basikal, rasanya lani kami pun dah xsanggup kayuh sejauh tu.
Minggu lepas balik parit buntar bercuti, mak bagitau mak jumpa cikgu tadika tu.. cikgu tu sampai la ni hidup membujang, xkawin2 lagi.. xtau exactly umah cikgu tu kat mana, kalu idak leh la kita sama2 pi jumpa bekas ckgu tadika kita tu, bawa beras sedekah kat dia..

Wed 24-Jun-2009 06:15
Posted by:Mie
salam,ak pun org pb gak..anak jati pb.lahir kat hosp parit buntaq..aku dok tmn pekan baru..mmg byk kenangan kt pb..dulu pb cam kampung ja..skrg 100% brubah.dh jd cam bandar..ak bangga ngan parit buntar..skrg ak bljr kt uitm sarawak.sjauh mana ak merantau,pb tetap d hati aku. insyaALLAH, lpas graduate,ak akn menabur jasa d patit buntar.. Thu 16-Jul-2009 09:38
Posted by:ajin pb
Untuk semua bekas pelajar Panglima tak kira tahun apa, sila daftarkan diri anda di http://xpanglima.ning.com/ mungkin di sini anda akan bertemu rakan lama anda
Mon 17-Aug-2009 16:20
Posted by:ed  - [Link]
hai boleh berkenalan Tue 8-Sep-2009 06:16
Posted by:syifa
hai boleh bekenalan Tue 8-Sep-2009 06:17
Posted by:syida
kt pb ade 2 tmpat makan char kuey teow yg best..
omaq kt pekan lama dan along belakang petronas..
lazat weyhh..
Wed 16-Dec-2009 09:41
Posted by:langsuir
Salam semua. Saya biasa bersekolah di SMK Methodist dari 1969-1972. Dah lama. Tapi kenangan lama masih kekal. Teringat cikgu-cikgu di MSSPB. Ustaz Basri, Ustaz Anuar, Mr. Gurmeet Singh, Mr. Guna(...), Mr. Young, dll. Harap dapat kawan-kawan refresh my memory. Mengenai tragedi feri karam tu, saya masih bersekolah disini ketika itu. Allahyarham Tun Abd. Razak dtg. ke PB naik helikopter melawat tempat tragedi. Ramai org pergi tengok. saya pun pergi tempat feri itu karam.. Salah satu van yang membawa kanak-kanak sekolah dari Bandar Baharu telah tenggelam. Pekerja feri masa itu seorang India menjadi hero kerana telah banyak menyelamatkan mangsa, tetap akhirnya dia sendiri lemas. Kesian. Thu 31-Dec-2009 02:36
Posted by:Yahaya bin Halim
Salam semua..sy mmg anak jati perak lahir di hosp. taiping..tp membesar di P.Buntar dr thn 1985(djh3) hingga lah form 6 (1995) pastuh msuk UKM..keje kat kl..khwin dok trganu..sampai skrg...ye bdr PB mmg byk berubah..kita yg sekali2 balik mmg terasa sgt perubahannya..lain lah bg mrk yg xpindh dr situ...yg luvely sekali pekan lama byk nostalgia...ye medan selera...gerai terapung...jam besar...dulu saya djh 3 sek. ren methodist kat jam besar..khas utk murid2 djh 3 jer...djh lain dekat lain..bdr PB yg best bguunan sekolah2 die mcm terletak elok jer di satu tempat..senang bas sekolah nk amik bdk2 sekolah..dulu aku dr smmethodist aku jln kaki ke srk methodist sbb nk naik bas awal nk cup tempat huuuu..tdk alamatnyer kena berdiri lerr... Sun 17-Jan-2010 03:10
Posted by:Nor'Ashiren Farah Diba Jamaluddi
mmg bandar PB dlm lipatan sejarah ye lah tmpat membesar kiter kan..mana xingat nyer....yang taman pinggiran tuh pun dh byk sgt berubah..dulu xder tmbok2 tuh..skrg wat tembok pula...sblm wat tembok mcm tuh...lapang jer der ler replika sikit2...tempat tenek termasuk gak aku..br mula belajar pas study kat lbry awam...tp ramai2 sj jer kawan2 suka xtau pun love nih..skrg biler blk kg lalu kat situ rs bangkit balik memori dgn kwn baik ku hasliza,najib azrangey, shahrul, haizan dan has...hehehe..aku last balik nov lepas.. Sun 17-Jan-2010 03:19
Posted by:Nor'Ashiren Farah Diba Jamaluddi
mmg bandar PB dlm lipatan sejarah ye lah tmpat membesar kiter kan..mana xingat nyer....yang taman pinggiran tuh pun dh byk sgt berubah..dulu xder tmbok2 tuh..skrg wat tembok pula...sblm wat tembok mcm tuh...lapang jer der ler replika sikit2...tempat tenek termasuk gak aku..br mula belajar pas study kat lbry awam...tp ramai2 sj jer kawan2 suka xtau pun love nih..skrg biler blk kg lalu kat situ rs bangkit balik memori dgn kwn baik ku hasliza,najib azrangey, shahrul, haizan dan has...hehehe..aku last balik nov lepas.. Sun 17-Jan-2010 03:19
Posted by:Nor'Ashiren Farah Diba Jamaluddi
mmg bandar PB dlm lipatan sejarah ye lah tmpat membesar kiter kan..mana xingat nyer....yang taman pinggiran tuh pun dh byk sgt berubah..dulu xder tmbok2 tuh..skrg wat tembok pula...sblm wat tembok mcm tuh...lapang jer der ler replika sikit2...tempat tenek termasuk gak aku..br mula belajar pas study kat lbry awam...tp ramai2 sj jer kawan2 suka xtau pun love nih..skrg biler blk kg lalu kat situ rs bangkit balik memori dgn kwn baik ku hasliza,najib azrangey, shahrul, haizan dan has...hehehe..aku last balik nov lepas.. Sun 17-Jan-2010 03:19
Posted by:Nor'Ashiren Farah Diba Jamaluddi
Parit Buntar memang best..
tp bru2 nih aku balik tetibe tngak bangunan tngah renovate..
nk buka Old Town White Coffie
Parit Buntar pon ada gak ek..haha
Tp laku ke r..
Wed 20-Jan-2010 02:06
Posted by:Dwan
aku nak komen skit sal snoker yg ko ckp dh tutup tu....
aku rs ko dh salah la..snoker tu tak penah tutup pn sampai skrg ni...
org yg slalu main kat situ je yg dh makin kurang...
hmm,klu ko mmg org erea sini,mst ko knl aku ngan kwn2 aku..
G keluarga,abun,kembar..msti ko knl....
xpe la,apa pn aku bangga jd org prt buntar ni...
dri sini aku dilatih sampai pandai main dalam bab snoker ni..
Wed 3-Feb-2010 18:51
Posted by:wan@panjang
Terima kasih atas semua komen, maaflah sebab semakin jarang mengemaskini laman fotopages ini. Apa pun Parit Buntar memang banyak nostalgia. Walaupun aku tidak dilahirkan di Parit Buntar, tetapi sedari kecil memang dibesarkan di pekan yang damai ini. Dan aku sentiasa berbangga menjadi anak Parit Buntar..he..he.. Thu 4-Feb-2010 07:49
Posted by:Sharrul Rizal
assalamualaikum... salam pembuka bicara... sesungguhnya, saya juga salah seorang anak jati bandar parit buntar.. saya berbangga melihat pembangunan yang bercambah di sana.. sekarang saya berada di kuala lumpur demi tuntutan kerjaya.. saya pasti, akan pulang dan tinggal di bandar kelahiran saya.. saya berbangga menjadi orang parit buntar.. semoga pembangunan yang kita kecapi akan dapat di rasai anak cucu kita.. wassalam.. Fri 19-Feb-2010 00:53
Posted by:azrul saffuan
Make your life time easier take the <a href="http://lowest-rate-loans.com/topics/credit-loans">credit loans</a> and everything you require. Mon 15-Mar-2010 03:06
Posted by:Joseph34Rosalinda  - [Link]
a'kum.ternyata pb mengalami perubahan dari segi pembangunan .sebagai anak pb yg kini menetap di selangor saya gembira apabila tempat kelahiran saya begitu membangun,cuma kenapa perindustrian spg 5 dah banyak yg tutup.pekan lama adalah tempat melepak kitaorang semasa tahun 90an.medan mara depan bus stand tu lah tmpt kita parking motor.kelab kitaorang masa tu nama citius.nama nama spt Arab,Kamil,Aen botol,Mat dajal,abg mie,sabri,lan toyol,hamid,mie kg pian,ramai lagi aku dah lupa.pak non,bal.sapa sapa kenal dia org ni mesti kaki lepak punya Sun 28-Mar-2010 12:19
Posted by:badrol (bad)
a'kum.ternyata pb mengalami perubahan dari segi pembangunan .sebagai anak pb yg kini menetap di selangor saya gembira apabila tempat kelahiran saya begitu membangun,cuma kenapa perindustrian spg 5 dah banyak yg tutup.pekan lama adalah tempat melepak kitaorang semasa tahun 90an.medan mara depan bus stand tu lah tmpt kita parking motor.kelab kitaorang masa tu nama citius.nama nama spt Arab,Kamil,Aen botol,Mat dajal,abg mie,sabri,lan toyol,hamid,mie kg pian,ramai lagi aku dah lupa.pak non,bal.sapa sapa kenal dia org ni mesti kaki lepak punya Sun 28-Mar-2010 12:19
Posted by:badrol (bad)
Kepada sesiapa X-Pelajar Sek. Men. Methodist. (Esp. tahun 1969-72). Harap dapat hubungi saya. Boleh kita bercerita mengenai PB yang banyak cerita nostalgia tu.... Sedang berusaha untuk menyatukan bekas pelajar SMMPB (or MSSPB). Hail to thee o Parit Buntar, Hail to MSS. Tue 20-Apr-2010 01:37
Posted by:Yahaya bin Halim
Pakngah, thank for the pictures. I just wanna say that I'm proud to be anak peniaga putu buluh & putu mayung at Parit Buntar nite market....my father is JKR pensioners (opposite DO house). Having schooling and raising in 3 border states, make me have a lot of friends from Bandar Bharu and Permatang Tok Mahat area. Even though, our home at Titi Serong but our high schools, tuitions (Simyong) and daily activities (panggung wayang Cathays, Billion, Minat and the other 2 closed super market near Kapitol) was in the heart of Parit Buntar... Fri 23-Apr-2010 14:15
Posted by:Ashikin Abdul Razak
Salam semua, badrol (bad) aku kenal geng-geng lepak yg hang sebutkan tu. Lan Toyol ngan Hamid tu member masa Tanako. Ramai geng-geng kami pakai RX-Z. Pak Non tu polis naik proton saga. Arab sedara aku masih ada di PB. Aku tak perasan hang yang mana satu. Dulu kami selalu lepak stall burger sham, stall meor dan mechinda. Sat 22-May-2010 08:10
Posted by:Faiz
sy di lahir di kuala kurau.anak sa org nelayan...tapi setaelah ibu sy berpisah dgn ayah sy @mat paksu kg tok ngah...ibu sy berpindah ke kuala lumpur...sy tinggal dgn datuk sy tok din di batu lima..jln.baru....ibu sy mengikuti kursus latehan jururawat di hkl tahun 1960..dan sy bersekolah darjah 1 di . batu road school.. skrg jalan raja laut.... hingga darjaf 3 ...dan kembali ke parit buntar keran ibu tamat kursus dan bertukar ketanjung karang...sy memasuki sekolah rendah metthodist drj 4dan ke sekolah menengah methosist...megambil pepereksan lce 1968....dan berpindah semula ke KLbesekolah di jln behala brickfield..so jika ada kawan2lama yg masih ingat kat sy contek la balik... Mon 24-May-2010 20:54
Posted by:Zainon bin Ahmad
weyh ,,,
kalo bleh aku nak tau ,,
dari parit buntar ke bandar bpe minit n tmbangnye kalo naik pengngkutan awm bpe ???
lgi 1 , actually pndg drt fizikal kat parit buntar buntar nie ape ???
hope u can answered it ASAP ,,,
thanks a lot ,,,
Wed 16-Jun-2010 22:52
Posted by:aku
salam semua,saya dan Parit Buntar cukup sinonim apataknya 1980 bersekolah di Sek Keb Seri Kerian,satu-satunya sekolah rendah yang terletak di belakang panggung wayang,masa dulu kalau merdeka day dan b'day ydp agung dapat tengok wayang free,ingat tak lagi supermarket kerian la ni tinggal kenangan,dah jadi kedai pemborong alatulis,nostalgia kedai buku kat stesen bas,tuan punya kedai tak marah pun sesiapa yang masuk kedai baca majalah,deretan kedai mara kedai jual burung,kulit,barangan antik...mmg terapung tempat dating sesambil minum ngan awek...ahaks,dulu ada 3 pangung wayang kat area sini termasuklah panggung wayang kat bandar baru "pekan koboi"sempat naik perahu tambang tepi pokok sena...nostalgia kedai2 pokok ketapang lokasi shopping masa nak raya,kedai basikal "Ah Kow"errr lupalah namanya tp tulah kedai famous kat area jam besar satu lagi adalah kedai basikal berhadapan dengan masjid P.Buntar apek tu setahu saya semasa dok mengaji sekolah tahun 80 dah ada kat situ,kat sebelah kedai dia adalah rumah banggali dan sebelahnya pula ada bengkel kereta/lori,tepi jam besar dulu kalau tak silap ada stor simpan ambulan,sekolah tadika mathodist...eemmm...
apa lagi....tepi2 jalan terdapat pokok sena,pusat bandar pada ketika tu hanyalah kawasan pokok getah...gerai tmn selera banyak kes santau kat situ...
kedai mee kari pak ngah sapa tak kenal dekat panggung wayang cathay...warung-warung depan panggung wayang cathay tempat bebudak sekolah perabih duit...hehehehe..kedai tuak banyak burung merpati ingat tak????bertentangan nya adalah rumah pengakap kerian juga kelas menaip...banyak benda yang dah pupus ditelan pembangunan,Ohhh rindu cukup-cukup rindu bila mengimbau
kenangan silam,masa dok main motor dulu memang selalu lepak depan fatimah klinik,Faiz,Arab tu dulu mat rempit hang pun join sekali juga ker?betui ka depa kata dia pernah jadi pelakon,dulu ramai orang cari awek@kenalan kat stesen bas..memula masuk stesen bas kedai tepi sekali adalah magnum,pastu kedai mamak nasi kadar kot...saya ingat lagi masa sekolah dulu ada india merempat kurang siuaman kami gelar hantu raya,rasa saya dia bukannya gila kalau orang gila tak mungkin dia tahan "tut"tut tu maksudnya tahan ikan tepi longkang parit buntar,dulu nak kenduri semua pakat pi kedai kat pasar basah beli ais ketul/bata kat situ jugalah ada rumah yang unik belakang rumahnya ada hutan"hehehehe...depa kata dia ni cikgu dia ada kereta jaguar fuhhh!!!harap anda semua dapat mengimbau kembali detik kegemilangan pekan lama Parit Buntar.
Sun 4-Jul-2010 00:05
Posted by:azman ali  - [Link]
Best betul cite bro Azman, memang banyak kenangan masa zaman tu. Terapung, panggung wayang Cathay & Capitol, Pasar malam Parit Buntar, Kerian Super Market, Stesen Bas Lama...Sebut pasal stesen bas lama ni, dulu kat pintu pagar stesen bas lama tu ada gerai jual kuih pau, aku pernah tolong member berniaga pau kat situ. Kat dalam stesen bas tu lak ada kedai cina jual ais kacang. Selalu gak kena ABC kat situ..he..he... Lagi satu kat stesen bas lama ni ada dua kedai kaset. Satu kedai yg sekali jual buku tu, satu lagi kedai kecik sebelah tepi tu. Lepas tu ada lorong kecil untuk tembus ke belakang Supermarket Billion. Memang happening masa zaman tu, kalau time cuti sekolah atau nak raya memang jamm la tempat tu.... Mon 5-Jul-2010 00:54
Posted by:Sharrul Rizal Hashim
"Tauhu Bakar and Cendawan Goreng available now here at beloved Parit Buntar, North Perak. Come and join the club! Taman Wawasan, Parit Buntaq..."

untuk bulan posa da...
Thu 5-Aug-2010 07:23
Posted by:mohd husni bin sulaiman  - [Link]
esok nak start puasa...tiba2 bermimpi pulak jumpa kawan2 dari sek ren methodist ni...tapi siapa mereka saya pun dah tak ingat...bangun je dari tidur terus capai internet dan search...jumpa pulak facebook sek ren metheodist.....kalau boleh nak cari lah kawan2 lama sekitar tahun 74-80 Mon 9-Aug-2010 22:13
Posted by:moh zaki mahmud  - [Link]
Sun 23-Jan-2011 16:44
Posted by:Al_mubarak
assalamualaikum...thanks sebab bg info yang menarik psl PB..sy br je pindah sebab mak sy kena transfer tmpt kerja kt Pej Daerah Kerian. sebelum neh sy kerja kt s.alam. so kirenye sy peneman emak la kt cni at same time tgh bergiat mencari kerja sekitar sini.sy tgh mencari pe yg menarik kt pb ni. then taip punye taip smpi la kt blog awk..apepun..tq kerana memberi info yg menarik psl pb.. Thu 7-Apr-2011 00:05
Posted by:Atikah Akma Ramly
best..best..info yg menarik.. jgn tak tau kat sini byk geng kulaan a.k.a banjar..he..he.. minta jemput anda semua ke blog aku : http://ohparitbuntar.com macam2 ada... Mon 9-May-2011 08:06
Posted by:ohParitBuntar  - [Link]
assalamualaikum.. saya bersekolah di SM Methodist tahun 1989 hingga 1993. sambung ambil stpm di sekolah di pangilma bukit gantang tahun 1995
cikgu nama nor zila.
Thu 8-Sep-2011 00:59
Posted by:noor zarini ariffin
saya bersekolah diSekolah menengah methodist tahun 68 hingg73 kalu member hubungi saya 013-3386069 Wed 16-Nov-2011 14:02
Posted by:azmi bin ali


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

fpxen5.pidgintech.com